Shaklee Independent Distributor ( ID : 882366) untuk area Kajang, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn serta kawasan berhampiran. SMS / WA : 019-6685423

Friday, 17 May 2013

Semua yang berlaku ada hikmahnya..


Sekejap jer dah pukul 3.31 petang...
sekarang ni masa sangat pantas berlalu..
kita biasa dengarkan..

"Manusia mudah alpa.."
"Demi masa, manusia dalam kerugian."

Jadi, gunakan masa yang ada sebaik mungkin..

"Bekerjalah bersungguh-sungguh, seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi."
"Beribadahlah bersungguh-sungguh, seolah-olah kita akan mati pada esok hari."

So..
di mana kita sekarang...
apa yang kita dah buat sepanjang usia kita...

Tetiba mood insaf ON..
Hehehe...
Tadi aku duk belek wall Ustaz Kazim Elias..
Alahhh... Ustaz yang duk bagi ceramah untuk program "Kalau dah Jodoh" tu..
Yang suara sedap tu...

Sekali terbaca tentang pengalaman dia di santau..
Korang baca sendirilah ye kat sini...


Aku letak bende ni...
Bukan nak suruh korang santau orang...
Nauzubillah..
Tapi aku nak bagitau..
Walau siapa pun kita hatta seorang ustaz yang sudah pasti tinggi ilmu agamanya, masih mampu di rosakkan oleh ilmu hitam ni...
Semuanya dengan izin Allah..

Itu salah satu cabaran, dugaan dan ujian yang Allah turunkan untuk melihat sejauh mana sabar dan bergantungnya kita kepada Allah Taala.

Janganlah dah kene santau, kite pun carik bomoh gi santau orang yang menyantau kite tu..
Penggunaan ilmu hitam ini adalah menunjukkan orang tersebut telah menyekutukan Allah SWT...
Berdosa besar tau..
Nauzubillah...

Begitu jugalah dalam dunia business ni, mendedahkan kita kepada cubaan yang pelbagai..
Yang kita mampu lakukan adalah tawakal dan berdoa kepada Allah...
Usah caras mencaras business orang lain...
Setiap dari kita telah di tentukan rezekinya...

Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah.
InshaAllah.
 

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

I'm back..


Hai...hai...
apa khabar kawan-kawan...
sihat kah?
Hopefully korang sihat dan ceria...

Semalam seharian tak buat apa-apa entry...
di nasihatkan oleh doktor untuk berehat..
or else... he will issue out 2weeks MC...
Oh...Noooo...

Distributor Shaklee sakit???
How come??
Jual macam-macam supplement pun sakit..
Macam tak logik jer...
Ahahahah...

Kalau percaya pada kekuasaan Allah ia pasti logik...
Shaklee Independent Distributor pun manusia biasa...
Sakit tu kan salah satu cara menghaspuskan dosa...
Sakit juga adalah dugaan yang menunjukkan Allah sayang pada hamba-Nya..

Tak baik bersedih, mengeluh ketika sakit..
Sepatutnya bersyukur..
ALHAMDULILLAH...

Kepala masih lagi pening-pening lalat...
So kene relaks lebih...
Sat gi kite telan B-Complex..
Supplement yang ada fungsi sebagai penenang...
Dalam B-Complex pun ada "Folic Asid" tau..
So sangat sesuai la untuk ibu-ibu mengandung...

Inilah rupa paras B-Complex

Tabletnya bewarna kuning..
cantik...
hehehe...

Ni aku senaraikan kebaikan B-Complex berdasarkan apa yang ditulis di dalam buku Nutrisi ye..

  • Menukar makanan kepada tenaga - maknanya apa yang kite makan tu akan di convert menjadi tenaga. So siapa yang selalu letih lesu, tak larat tu memang di sarankan mengambil B-Complex.
  • Melawan tekanan - ahaaa... yang ni memanglah sangat aku suka... ia dapat meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - yang ini bermanfaat untuk bayi di dalam kandungan. Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal di kalangan nayi dan kanak-kanak. InshaAllah mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
  • Membantu masalah rambut beruban dan gugur - haaaaa.... sape yg makin meningkat usia pasti suka dengan fungsi yang satu ni. Ia membaniki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan menjaga kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - sesuai ni yang kejenya duk hadap komputer dari pagi sampai petang.. hehehe... mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merawat mencegah sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrin, muntah-muntah serta mabuk laut. 
  • Meredakan senggugut - so kalau ada masalah senggugut teruk, mood swing dan apa sahaja yang berkaitan dengan PMS elok la amik B-Complex ni.
  • Mencegah kerekahan mulut, jangkitan lidah dan mulut berbau.
  • Detoksifikasi - salah satu fungsinya yang baik untuk meredakan alahan. Sebab tu kalau individu yang ada gout kita sarankan amik B-Complex, Omega dan Alfalfa... :)

Huii... lepas dah study kebaikannya ni, rasa tak sabar nak telan B-Complex.

Sape-sape yang ada dalam senarai ni memang patut amik B-Complex :

  • Selalu letih lesu
  • Selalu stress dan pressure
  • Ibu mengandung
  • Individu yang ada masalah dengan rambut
  • Mata selalu letih
  • Ada masalah migrin
  • Yang kerap sakit kepala dan lemah semangat
  • Ada masalah bau mulut
  • Ada masalah gout
Bukan nak kene makan 4-5biji sehari...
Sebiji sahaja sehari sudah memadai..
Kalau nak...
Contact aku tau...
Harga special punya..

Aku nak sambung buat keje dulu ek...
Nanti aku sambung mengomel lagi..

Adios Amigosss...



Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Wednesday, 15 May 2013



Hai...hai..
Berjaya online thru phone...
Sebelum ni aku duk carikla cm mn nk update blog pakai phone...
Agak buta kayu aku ni...
Ahaha...
Tapi aku nk usaha jugak...

Malam ni aku takmo cerita pasal Shaklee.
nanti korang boring plak..
Tapi klau ada yg nak tanya ke..
Nak order ke...
Tak cukup tapak tangan...
Note II aku tadah kan...
Hello... perlu ke nak heboh ada Note II...
Over kan...
Hahaha...

Biasanya malam2 ni aku duk melepak dgn anak..
Melayan dia main games..
Budak2 skang..
Hp dan tab dah mmg jd mainan...
Macam zaman aku dlu..
Main getah...
Main galah panjang..
Main batu seremban..
Skang diorg tak main dah kan..
Sme duk hadap gadget..

Ni ha...
Anak aku duk hadap ibu punya tab....
Tak sempat abis charge dia dah amik..


Yang ni plak gambar baru kejap ni...
Ipad pakngah nya plak jadi mangsa...


Bila dia dh boring main..
Abah plak jd mangsa..
Siap paksa main lagi...
Anak la anak...
Layan je la...





Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Bayi bawah umur setahun tak perlukan gula dan garam dalam makanan




Hai ibu-ibu di luar sana...
Aku dapat bende ni setelah di sharekan oleh salah seorang sepupu aku..
Bagus info ni..
So aku nak share dengan korang plak la..
Bende baikkan..
Apa salahnya kita sebar luaskan..
Jom baca..

"Saya berharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 diluar sana memberikan yg terbaik buat si manja mereka. Adalah menjadi perkara biasa amalan mak2 kita menambahkan sdkt (secubit) garam dlm bubur bayi. Katanya nk bg ada rasa ckt, dan rasa lemak bubur tersebut. Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu bahayanya terlebih garam bagi bayi terutamanya bayi berumur satu tahun kebawah.
Oleh itu, kita yg bergelar ibu bapa pada zaman kini, perlu berusaha mendalami ilmu2 penting keibubapaan, mcm mn nak uruskan bayi dgn baik. Dgn kecanggihat teknologi kini, segalanya di hujung jari anda sahaja. Mudah kan? So rajin2kan diri menambah ilmu pengetahuan demi kesejahteraan kita semua.
Kenapa bayi berumur setahun kebawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?

Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu
Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)

Sy nak share info selanjutnya y dipetik dr sini.

Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.
Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana langit-langit kita sudah terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain, memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga.

So ibu-ibu sekalian... percayalah..Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dgr pepatah dr org2 lama, "ko apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum ko dilahirkan"...hehehe.
Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian....
 renung2kan.. dan selamat beramal.. jadilah ibu bapa yg prihatin !!"

Artikel ni aku petik dari Qaseh Bonda
Semoga boleh menjadi panduan kepada ibu-ibu di luar sana ye... 

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Shaklee Independent Distributor

Aloha...
Aku ni macam syok sendiri je citer macam-macam kat korang...
Tapi tak kenalkan diri...
Ahahaha...
Korang pun tak tanya kan...
Apalaaa korang ni...
Hihihi...

Nama aku Farah Azliza...
Tinggal kat Balakong..
Ada sorang suami.. Takan lebih plak kan...
Ada sorang anak lelaki... Buat masa ni sorang la...
Keje sebagai Technical Support kat sebuah company lighting...
Keje aku tetiap hari ngadap LED..
Dah nak masuk tahun ke-4 dah keje kat sini...
Kira rekod baru la ni... hehehe...

Aku juga SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR...
Memegang ID 882366..
Jadi distributor sejak Mei 2012...
Kira dah setahun la dengan Shaklee ni..
Aku ada buat COD jugak...
Untuk area Balakong, Kajang, Sri Serdang, Seri Kembangan, Bandar Tun Hussein Onn, Taman Sutera dan segala taman yang dekat-dekat area yang aku tulis tadi..
Biasanya COD aku buat hujung minggu..
Sebab ari keje, aku balik umah pun dah malam...
Tapi kalau melalui postage...
Aku pos ke seluruh pelusuk alam..
Hehehe...
Dunia tanpa sempadan lah katakan...

Kalau korang nak bertanya ke...
Nak dapatkan consultation ke..
Nak buat tempahan ke...
Leh contact salah satu cara kat bawah ni..
Pilihlah yang mana-mana yang senang untuk korang contact aku..

Tel / SMS / WA / LINE / TANGO : +6019-668 5423
Email      : tentangvitamin@gmail.com
FB          : Farah Ali
FB page  : Super Power Mommy

Katakanlah korang ada berdekatan mana-mana branch dan nak beli supplement Shaklee dengan harga ahli...
Boleh guna ID aku ni yer... 882366..
Bila dah beli terus contact aku..
Nanti aku bagitau cara macam mana nak makan supplement tu..
Ataupun lebih baik consult aku dulu...
Baru korang tau apa yang sesuai..

So papehal contact je aku ye...
Aku nak sambung keje balik...

Adios Amigosss....

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

4 Mekanisme Utama VIVIX

Hai... Hai...
Guruh sedang berbunyi di luar sana...
Bumi Allah ni akan basah sebentar lagi..
InshaAllah...
Kalau hujan telah turun di tempat anda...
Jom berdoa..
Doa ketika hujan adalah waktu yang paling mustajab..
Jangan lepaskan peluang tau..
Walau siapa pun kita..
Berapa kerdil pun kita..
Berdoalah...
Allah suka kepada orang yang meminta-minta pada-Nya..

Oklah..
Tadi aku dah share serba sedikit tentang testimonial pengguna...
Kalau belum baca lagi boleh refer di sini.
Skang aku nak kongsi tentang 4 mekanisme utama VIVIX..
Mekanisme ni kira macam tunjanglah...
Tunjang kepada VIVIX..

Sedarkah kawan-kawan, penyakit-penyakit yang dihadapi kita di zaman yang serba canggih ini disebabkan oleh pengaruh radikal bebas di dalam tubuh badan kita sendiri.

Bagaimana radikal bebas ini boleh masuk ke dalam badan kita? 
Radikal bebas adalah adalah molekul bebas yang kekurangan satu (1) elektron dan berusaha untuk mendapatkan elektron dari molekul lain. Ini akan mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan elektron pada molekul-molekul yang terlibat.




Radikal bebas boleh dihasilkan oleh metabolisme badan kita sendiri dan juga faktor luaran seperti asap rokok, sinaran ultra ungu, zat-zat kimia dalam makanan juga dari pencemaran alam sekitar.

Penyakit yang melibatkan radikal bebas mengambil masa bertahun-tahun untuk dikenalpasti. Jadi tidak hairanlah jika ada diantara pesakit yang hanya mengetahui dia di serang barah pada tahap akhir. Oleh yang demikian bagi mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik ini kita memerlukan antioksidan.

Bagaimana Vivix boleh mengatasi masalah berkaitan dengan radikal bebas ini?

Perkara ini dapat di jawab dengan empat (4) mekanisme penting ini.

  • MEKANISME 1 : Memperbaiki kerosakan DNA  
          Tanpa di sedari berjuta-juta serangan terhadap DNA berlaku setiap hari. Ini akan 
          mengakibatkan pengkalan data genetik akan rosak. Ini akan mengganggu fungsi sel 
          serta umur kita. Vivix berkeupayaan untuk melindungi dan membaik pulih DNA kita. 
          (DNA atau asid deoksiribonukleik merupakan komponen utama kromosom dan bahan 
          untuk menghasilkan gen. DNA juga dikenali sebagai molekul warisankerana
          mampu mewariskan sifat-sifat induk. Sebab itu wujudnya PENYAKIT   
          KETURUNAN.)
        
          InsyaAllah dengan mengamalkan pengambilan Vivix, DNA yang rosak dapat diperbaiki 
          jadi ia mampu mengelakkan kita dan keturunan terus mewarisi penyakit turun temurun.

  • MEKANISME 2 : Mengaktifkan pengawalan genetik
          Pengawalan genetik yang lemah akan menyebabkan berlakunya kemerosotan 
          umur. Ini akan mendorong kepada berlakunya penuaan sel sebelum waktunya. Ujian 
          klinikal telah mengesahkan ramuan yang terkandung di dalam Vivix dapat 
          mengaktifkan satu pengawalan genetik dan memperlahankan penuaan sel.

  • MEKANISME 3 : Menggalakkan penghasilan tenaga sel
          Mitochondria merupakan penjana tenaga kepada sel. Apabila kecekapan penjana
          tenaga ini merudum, fungsi sel juga akan menurun. Kandungan Vivix menggalakkan
          pembentukan penjana tenaga yang baru, maka sel akan kembali aktif. 

  • MEKANISME 4 : Melambatkan penimbunan Protein AGE
          Penimbunan Protein AGE ( Advanced Glycation End Product) menyebabkan 
          kerosakkan serta mengganggu sel. Protein AGE ini boleh terjadi melalui 
          metabolisme badan, peningkatan usia dan juga melalui sumber makanan. Sebatian 
          botanik Vivix boleh melambatkan pembentukan Protein AGE.

Haaaa...
Tulah dia 4 mekanisme VIVIX ni...
Memang sesuai lah VIVIX dicanang sebagai tonik awet muda...
Kalau yang ada penyakit keturunan pun boleh VIVIX ni sebab dia bertindak memperbaiki sel..
Ingat ye... kita usaha..
Aku tak jual harapan...
Aku jual VIVIX...
Ahahaha... loya buruk plak aku ni...
Tapi betul la..
Aku nak tekankan kat sini...
Kita perlu usaha selagi kita mampu lakukannya...
Berkesan atau tidak...
Cepat atau lambat...
Semua bergantung pada tubuh badan kite..
Dan juga redha Allah SWT..
Kami distributor ni hanya ingin menolong... kami bukan AhLong...
Ada kene pelangkung aku ni kejap lagi...
Peace...peace...
No War...

Kalau ada yang nak tanya...
Nak kepastian...
Nak order...
Contact detail ada kat bahagian atas blog ni...
SMS | WA je aku kay...
Aku usaha bagi servis yang terbaik pada korang tau...
Ok.. aku nak sambung keje sat...
Pape... Contact ye...

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Mereka yang telah berpuashati dengan VIVIX

Assalamualaikum...
Dah tengahari ni...
Korang dah makan?
Kat mana makan arini?
Apa menunya?

Aku dah lapar dah sebenarnya...
Tapi amik masa skit nak share testimonial pengguna VIVIX ni...
Sebenarnya aku sendiri amik VIVIX...
Tapi nantilah ye aku share pengalaman sendiri..

Hanya orang yang dah ambil je tau penangan VIVIX ni macam mana...
Korang layan la dlu testimonial yang aku nak share ni ek...
Kalau agak-agak tak faham ke..
Nak order ke...
Cepat-cepat SMS | WA no ni.. 019-6685423

Yang ni testimonial dari Puan Norita :

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam 
darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan 
makin kabur. Mak  kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. 
Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak 
dapat memandu.

Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia 
lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu 
teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya 
bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan 
mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya 
yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton 
seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. 
Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras 
gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...
selagi ada daya usaha.

Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Haaaa... tu pengalaman mak Puan Norita..
Kalau ikutkan memang ramai dah yang ambil VIVIX untuk "membantu" mengawal gula dalam darah..
Kite ni hanya berusaha...
Yang lain-lain kerja Allah...
Ayah aku pun kencing manis gak...
Selepas sekian lama memujuk suh amik VIVIX...
Baru 2 hari ni dia makan...
Ayah aku memang payah skit kalau nak suh amik ubat-ubat luar ni...
Tapi Shaklee bukan ubat...
Ia adalah makanan tambahan..
Takde dadah dalam tu...
Semua berasaskan bahan semulajadi...

ok..
Yang ni pulak testimonial dari Ummu Ainan..
Jom baca..
Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan.. 

Ok...
Takat tu dulu aku share testimonial...
Nanti sambung lagi naaa...
Lapaq ni...

Adios Amigosss....


Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Promosi bulan ini...

This May'13 Promo, we offer you with the World's Best Natural Anti-Aging Supplement to make you Feel 25 Years Younger and 25 Years Longer...



Yeahhh....
Representing the promotion for this month...
Ramai lah yang akan teruja...
Terpesona dengan statement dari Shaklee tu..
"
make you Feel 25 Years Younger and 25 Years Longer..."

Tu bukan aku kata... tapi Shaklee kata...
Kang aku pepandai kata..
Kene tembak plak...
Hahahaha...

Ok...
Takmo citer panjang-panjang...
Aku nak korang baca soal jawab tentang VIVIX ni...
Kasi brief sikit tentang VIVIX...
Apa yang best nau VIVIX ni...

Silakan baca ye...
Sebarang komen ke...
Pertanyaan ke..
Refer kat aku eh...

Apa itu Vivix? 
Vivix adalah salah satu revolusi terbaru oleh Shaklee. Merupakan minuman botani yang kaya dengan polifenol. Vivix memberi impak kepada empat (4) mekanisme utama penuaan.
1- Melindungi dan membaiki DNA
2- Memberi kesan kepada pengawalan genetik
3- Menggalakkan pembentukan mitochondria
4- Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End products)

Apa pulak polifenol tu?
Polifenol adalah kumpulan fitokimia. Terdiri daripada sebatian semula jadi yang sangat tinggi khasiat antioksidannya dan juga merupakan sel anti-penuaan semulajadi

Apakah pula kombinasi bahan untuk menghasilkan Vivix?
 Vivix dihasilkan melalui campuran botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Seperti yang dinyatakan di atas, kombinasi botanik ini sangat tinggi kandungan polifenolnya. Bahan-bahan ini telah diuji secara klinikal dan ianya ekslusif untuk Shaklee sahaja.

Bilakah masa yang sesuai untuk ambil Vivix?
Sebaiknya diambil sebelum tidur dan satu sudu teh sekali sehari.
   
Mengapa perlu ambil sebelum tidur? Kenapa bukan selepas makan tengahari atau minum petang?
Sejam pertama waktu tidur, tubuh kita berada dalam mood alfa (alpha mode sleep). Ketika ini proses penghasilan, membaiki dan menggantikan sel mati akan berlaku.  

Adakah dibenarkan untuk mengambil lebih dari sudu teh Vivix setiap hari?
Boleh, tetapi berdasarkan kajian pengambilan lebih dari yang disyorkan tidak memberikan kesan yang lebih baik. Bersederhana adalah lebih baik.

Bolehkah Vivix diambil beserta dengan Vitamin Shaklee yang lain?
Boleh, sila rujuk dengan distributor anda untuk mendapatkan konsultasi berkenaan hal ini.

Siapa yang perlu ambil Vivix?
Orang dewasa yang sangat menitik beratkan tentang anti-penuaan serta yang ingin mengekalkan kesihatan ke tahap optima. Vivix tidak disyorkan kepada wanita mengandung atau kanak-kanak di bawah umur 18tahun.

Apakah Resveratrol?
Merupakan sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat di dalam sesetengah tumbuhan, buah-buahan. Resveratrol adalah polifenol yang ditemui dan berpotensi untuk memperbaiki kesihatan. Melalui kajian resveratrol mampu memerangi penuaan sebelum masa. Resveratrol juga berperanan untuk memberi impak positif kepada empat (4) mekanisme di atas.

Berapakah kandungan Resveratrol di dalam Vivix?
100mg Resveratrol terkandung di dalam satu hidangan Vivix. Ekstrak Resveratrol mengandungi 98% Resveratrol asli. (berdasarkan kajian saintifik terbaru). Gabungan Resveratrol dan tambahan polifenol yang diperolehi dari anggur yang mempunya lebih dari satu kromosom memberi kesan yang sangat menakjubkan kepada empat (4) mekanisme di atas.

Adakah Vivix merupakan produk antioksidan?
Ya, Vivix merupakan salah satu produk antioksidan oleh Shaklee.

Adakah Vivix sejenis jus buahan yang apa bezanya dengan produk (jus) yang terdapat di pasaran?
Tidak, Vivix bukan jus malahan ia adalah pekatan cecair tonik yang ekslusif sebagai makanan tambahan kepada tubuh. Sebatian unik ini telah terbukti secara klinikal untuk memerangi tanda-tanda penuaan.

Adakah Vivix mengandungi Alkohol?
Vivix tidak mengandungi Alkohol

Berapa lamakah tempoh jangka hayat sebotol Vivix?
9 bulan

Mengapa perlu di simpan di dalam peti sejuk?
Ia bertujuan untuk membantu mengekalkan kesegaran, warna dan aktiviti polifenol ke tahap optima.



Sumber penulisan:
www.shaklee.com.my
www.facebook.com/pages/Vivix
Buku panduan nutrisi
falizali.blogspot.com




Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Senyum dan dunia pun tersenyum pada kita

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi...
How are you guys?
Chewahh...
Speaking London plak...

Sihat tak?
Harap-harap sihatlah semua ye...
Kalau ada yang tak sihat tu cepat-cepatlah gi jumpa doktor..
Jangan sampai sakit melarat...

Nanti sendiri yang susah...
Lepas tu...
Meh refer aku...
Nanti aku suggestkan supplement yang sesuai...
Go for something which is always safe and natural... (Wah!!! Speaking lagihh... hehehe..)
Ahaaaaa... Sempat lagi kan...
Bukan apa.. 

Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kite..
Allah dah amanahkan pada kite tau..






Ok...

seawal pagi...
sebaiknya anda senyum...
senyum mampu membuat jiwa yang lara tu terubatlah sikit...
orang yang memandang pun sejuk hatinya...

Cer korang pagi-pagi tengok officemate korang masam muka..

apa rasa?
semak kan..
nanti dengan kita-kita sekali masam...
muka ketat cepatlah berkedut nanti...

kalau tak caya...trylah buat barang seminggu...
hahahaha...

Memandangkan dunia dah semakin canggih...
korang leh pagi2 bukak internet dan searchlah gambar2 comel ke...
carik cerita lawak ke..
kasi senyum sikit...

Senyum ye..
Bila kita senyum...

Orang pun akan senyum pada kite semula..
Jangan masam-masam tau...
Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Tuesday, 14 May 2013

Keterujaan terhadap vitamin Shaklee - Bahagian 2

Assalamualaikum...
Selamat Petang..

Macam poyo plak tittle entry ni...
Tapi aku tak kisah...
Yang penting apa yang aku nak sampaikan ni datang dari hati...
Ewahhhh...
Poyo lagi...
Gegegege...

Kalau pagi tadi aku ada share pasal first supplement Shaklee yang aku makan...
Supplement apa??
Aik... tak baca lagi ke??
Meh baca kat sini...
Aku adalah cerita serba sedikit kat situ...

Skang aku nak cerita tentang supplement kedua yang aku beli...
Bermula dari detik inilah aku dah mula "menggila" dengan Shaklee..
Umah dah macam farmasi dah...
Ahahaha...
Yang tu kendian ek aku cerita...

Supplement kedua ni...
Tak kiralah apa pun promo bulan tu...
Dia tetap no satu...
Tetap menjadi kegilaan peminat tegar Shaklee..
Bak kata satu skrip dalam citer P.Ramlee..

"Lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku.."

Tapi ni bukanlah nak cerita pasal lubang hidung...
Ekekeke...
Ni aku nak cerita pasal ESP..
Amendenya ESP??
ESP tu nama timangan dia..
Nama penuh pulak Soy Isolate Protein Powder..
Ni haaa rupa ESP..


Rupawan sungguh rupa paras ESP ni kan...
Botol lebih kurang sama tinggi dengan Cadburry Hot Choc tu..
Tapi nett weight nya adalah 850gram..
Woww... Manyaknyerrrr...
Begitulah banyaknya manfaat yang boleh diperolehi dari ESP ni..

ESP ni merupakan sumber protein yang sangat tinggi dan diiktiraf seluruh dunia..
Seluruh dunia hokeyyy...
Bukan sekadar seluruh Malaysia sahaja..

Dihasilkan dari kacang soya terpilih...
Takde "genetic modified.."
Hanya yang tulen bang...
Hehehehe...

Kalau korang nak tahu... 1 canister seberat 850gram ni memerlukan 30kg kacang soya...
Bayangkanlah...
Bayang jangan tak bayang...
Hahaha...

ESP ni banyak sangat fungsi. Antaranya :
  • Membantu kepada penghasilan kulit yang cantik, rambut bersinar, kuku kuat... Awet mudalah senang cakap.. hehehe...
  • Bermanfaat untuk menurunkan paras kolestrol sekaligus mengurangkan peratusan masalah berkaitan jantung dan mencegah osteoporosis... 
  • Pembekal tenaga segera untuk individu yang sentiasa sibuk... terkejar sana...terkejar sini... sampai sarapan pun tak sempat...
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot yang sihat.. mengurangkan kedutan... agen anti-penuaan.... ahaaaa.... dah ada yang senyum-senyum tu... 
  • Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat... kalau yang baru lepas operate ke... ibu-ibu baru lepas bersalin ke... memang sesuai sangatlah amik ESP ni...
  • Membaiki masalah yang berkaitan dengan rambut... rambut beruban, rambut gugur... Prevention is better than cure... Jangan biarkan rambut anda berguguran...
  • Meningkatkan kualiti memori... Sape yang asik lupa tu... baik cepat-cepat amik ESP ni..
ESP ni bermanfaat untuk siapa??
  • Untuk ibu-ibu yang mengandung.
  • Untuk ibu-ibu yang dalam pantang.
  • Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.
  • Untuk individu yang mementingkan kesihatan secara optimum.
  • Untuk individu yang nak mengawal berat badan.
  • Sesuai untuk individu yang baru lepas di bedah dan dalam proses penyembuhan.
  • Baik untuk yang mengalami kulit yang kering dan kusam.
  • Pilihan untuk individu yang ada masalah keguguran rambut.
Banyak lagi manfaatnya ni...
Kalau senaraikan mau jadi novel bersiri ni nanti..
Hehehehe...
Senang kata kalau nak tahu kehebatan ESP ni...
Kenelah cuba sendiri...
InshaAllah korang tak menyesal...

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Hari ni hari raya... Yeay...Yeay...


"Hari Raya Semua Bagai Nak Gila
Bila Puasa Buat-buatlah Lupa
Berpakaian Semua Harus Sepadan
Tapi Puasa Tak Cukup Sebulan" -  Lagu Puasa dan Raya Senario





Hahahaha...
korang mesti kata aku sawan...

Tajuk entry pun dah menggambarkan kesawanan yang kritkal...
Ahahahah... well...

Kalau korang yang membaca ni adalah Shaklee Independent Distributor...
Mesti korang pun akan terasa highnya pada hari ini...
Hari Raya...
Hari Rimau Mengaum...
Tak kisahlah apa hari pun korang nak panggil...
Yang penting hari ni jumlah $$$ dalam MMB2U bertambah...

Hari ni hari PayDay kitorang puak-puak Shaklee Independent Distributor ni...
Perghhh...
Kiri kanan bijik mata dah keluar simbol $$$...
Ahahaha...
Kecing... kecing..

Selepas sebulan berusaha bersungguh-sungguh..
Maka hari ini kitorang dapat BONUS...

Kitorang punya bonus bukan setahun sekali...

Tapi tiap-tiap bulan...
Korang ado??
Nan ado tak...
Hehehehe...

Sape suruh takmo jadi Shaklee Independent Distributor..
Kan dah nyosal...

Ada yang dapat...
2 angka..

3 angka..
4 angka..
5 angka..
6 angka pun adoooo...

Aku punya??
Skang berada pada paras 4 angka..
Bonus Shaklee 4 angka..
Gaji keje hakiki pun 4 angka..
Jadi berapa angka semua..???
Biarlah rahsia...
Ahahaha...

Modal nak mula pun bukannya besar nau...
Bukan ribu-ribu sampai kena buat loan bank...
NO...NO...NO...
Modal permulaan Shaklee ni RM65.00 + RM10.00 (postage) sahaja...
So totalnya RM75.00..
Ulang siaran... RM75.00 sahaja...
Murahkan...
Tapi pulangannya macam yang aku tulis kat atas tu la..

Tapi kalau register pastu senyap tak buat apa...
Jangan haraplah nak dapat hatta 2-angka pun...
heheheh...

Studylah pasal produk...
Usaha untuk share kebaikan produk...
Kalau kite sendiri pengguna produk, cer share keberkesanannya pada kite..
Share testimonial pengguna-pengguna lain..

Yang penting niat...

Apa niat kite?
Nak bantu suami tingkatkan ekonomi keluarga?
Nak bantu lebih ramai orang lebih sihat?
Nak bantu orang lain jana pendapatan walaupun dia sekadar suri rumah?
Senaraikan niat kite tu..
Yang penting yang baik-baik sahaja dan kerana Allah SWT...

Jika anda rajin...
Kuat usaha...
Rajin follow up customer...
Kuat keinginan nak tambah ilmu...
InshaAllah akan merasalah pendapatan sampingan ni...

Aku dlu pun gitu jugak...
Ada ke orang nak beli dengan aku ni...
Pandai ke aku nak convince orang...
Orang percaya ke kat aku...
Belajar...
semua tu proses belajar...
Jangan suka fikir negatif...
Pikir negatif dapat pun negatif la...

Kalau korang minat nak jana pendapatan sampingan ni...
Ringan-ringankanlah mulut untuk tanya kat aku ek...
Aku tak makan orang pun... ahahah...
Baik budi pekerti aku ni...
ahahaha...

Tak pun SMS | WASAP aku kat no ni 019-6685423..
Nanti aku story dengan korang ek...

Best wooo dapat BONUS tetiap bulan...
Orang lain dapat setahun sekali jerrr...

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423

Keterujaan terhadap supplement Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Entry pertama untuk blog aku ni..
Dari sehari ke sehari... dah bertukar minggu... tukar bulan... tukar tahun je belum lagi..
Duk rancang... Duk carik idea... Duk segala duk la untuk blog ni...
Tapi tak bergerak-gerak...
Yapedda...
Plan je lebih..
Buat nya idak...
Teringat beberapa frasa yang sering di ulang tayang kat dalam satu group kat FB..

"Fast Action Fast Result.."
"Just Do it Don't Ask More.."

Jadi hari ni frasa-frasa tu mengetuk kepala otak aku yang macam dah sejuk beku ni...
Maka terhasil la 1st entry yang serba sempoi dan sederhana ini..

Semalam, 13 Mei 2013 genap dah 1 tahun aku makan supplement Shaklee ni..
Sebelum ni aku tak pernah... di ulang... tak pernah nak stay dengan apa-apa supplement pun..
Paling lama sebulan... kadang-kadang tak abis pun supplement tu... ahahah...
Terbuang je la supplement tu... Lagak macam orang kaya je kan...
Tak senonoh je perangai...
Tapi bukan apa... Tak ada kesan... makan ke tak makan ke sama je..
Takde distributor nak follow up utk aku mengadu domba... Oppsssss...
Takde orang ingatkan aku... Minum air banyak-banyak... Biarlah ulang alik toilet pun... asalkan toksin terbebas keluar...
Takde hokeyy... takde...

Tapi dengan Shaklee ni lain...
Ada pre-consultation..
Ada soal jawab..
Ada history checking...
Ada post-consultation..
Ada follow up..
Ada jadual makan..
Pendek kata "macam-macam ada"...

Panjang kata... kene bacalah apa yang aku nak tulis dalam blog ni..

Shaklee memang best.. Good... Better...Best wa cakap lu..

Asal-asal aku beli pasal ada masalah dengan usus aku ni..
Suka nau memerapkan segala sisa buangan kat dalam usus...
Tak mau dia keluar..
Orang kata makan buah betik...
Aku makan buat betik...
Orang kata makan sayur banyak-banyak...
Aku makan lah segala mak nenek sayur..

Semua tak jalan...
Perut dah rasa kembung, buncit..
Angin dah penuh dari hujung kaki sampai hujung rambut..
Kalau kentottt....
Nauzubillah lah baunya... ahahaha...

Satu hari tu lepas asar tahun 2011 tetiba hati aku terdetik nak carik "ubat" untuk detoks..
Pasal aku dah rasa mcm orang lain dah...
Mabuk la...
Letih la..
Lemau la...
Teringat sorang kenalan baru ni ada jual produk Shaklee..
Tanya... punya tanya... dan tanya lagi..
Dia suggest aku amik Herblax...

Jap ek aku tunjuk rupa Herblax ni macam mana...

Haaa... gini lah rupa paras botol Herblax..
Fungsi dia membantu pergerakan usus..
Doktor kata usus aku ni malas bergerak...
Tido je kejenya..
Sudahnya tuan badan yang jadi sasau..
Seminggu aku cuba, tapi macam takde kesan je...
Aku dah mula nak rasa frust ni..
Sama je macam supplement lain..
Rasa macam tertipu...
Tipah tertipuuuuu....
Tidakkkk....

Aku contact balik la distributor tu..
Tanya kat dia... Awat takdak kesan pun..
Tanya... punya tanya...
Dia tanya... "Awak minum air berapa banyak? Cukup tak 2-3Liter?
Haaaaaa....
Kantoila aku di situ...
Air tak cukup daaaa...
Aku rasa aku dah minum sampai kembung perut...
Tapi tak cukup pun 2 Liter...
Hahahaha...

Lepas dari tu, aku terus gi Econsave carik botol besau... 2Liter punya botol..
Tetiap hari masa opis hour aku minum air tu..
Lepas tu memang lancar gila la pembuangan aku...
Tetiap hari berdating dengan En. Tan..

Tapi aku tak la amik tetiap hari..
Nanti makin malas usus aku yang dah memang sedia malas ni...

Panjang aku nak tulis ni...
korang sanggup baca tak??

Angguk macam terpaksa je...
Oklah aku stop jap...
Kang bos aku sergah...
Tak memasal dapat memo kang...
Ahahahah...

Adios Amigosssss.....

Shaklee Independent Distributor >> ID 882366 >> tentangvitamin@gmail.com >> TEL/SMS/WA : +6019-6685423